Friday, January 22, 2010

tahun 2010.... tahun ni umor aku dah masuk 30thn. cam tak caya jer kan? walaupun yang sepatutnya genap tu blom lagi.
kata orang tua2, bayk dugaan nya bila umor dah mkin meningkat ni.. perangai juga akan berubah..cuma adakah perubahan itu kepada kebaikan atau kepada kemusnahan..
macam tu lah yang menimpa kat aku... tahun 2010 masih terlalu awal lagi aku nak kecapi, tp dh macam2 dugaan yg aku hadapi. dah macm2 ugutan yang aku terima. tak pe aku akan sabar. aku harap biar lah kesabaran aku ni dapat menyelamatkan apa yang sepatutnya diselamatkan. aku tak mahu apa2 perkara yang terjadi untuk tahun ni. dah bertahun2 aku bersabar dalam situasi ni.

awal 30-an, adakah aku cukup kuat untuk menghadapi dugaan yang datang. adakah hati aku tetap pada yang telah ditetapkan. aku rasa takut untuk menghadapi hari yang akan mendatang.. aku takut terjadi perkara yang betul2 aku takutkan... sampainya hati memberikan aku ugutan yang sebegitu... ugutan yang aku rasakan akan menggelapkan masa depan aku... ugutan yang akan membuatkan aku hidup tanpa tujuan dan tiada makna.
aku takut aku tak akan menikmati lagi senyuman kemanisan, kemesraan, kegembiraan, kebahagiaan...
adakah semua itu berpunca dari salah aku sendiri... ????
entahlah aku pun tak tau...
mulai sekarang aku akan cuba hidup berdikari tanpa bantuan sapa2. macam tu lah yang aku selalu katakan pada kawan2 keje aku...
jangan bergantung harap pada kaki orang lain...
berpijaklah pada kaki sendiri...
sekurang2nya kita masih lagi kuat untuk berdiri di kaki sendiri jika tiada kaki org lain....

Tuesday, January 12, 2010

tak tau nak fikir apa...

perlukah aku terus bergembira
sedangkan hati aku memendam rasa....

perlukan aku berterusan hidup dalam kepura-puraan
sedangkan hakikatnya aku hidup dalam penipuan...

perlukah aku terus berkata benar
sedangkan hakikatnya aku dibohongi...

perlukah aku hidup menderita selamanya
walaupun bersama orang yang tersayang...