Monday, September 27, 2010

Yang hidup pasti kembali..

Salam,

Sememangnya lumrah kehidupan manusia ni akan mati satu hari nanti. itu lah yang terjadi dalam keluarga aku. pada hari Raya ke-4 (13 sept 2010 isnin) kakak sedara aku (along) telah pergi meninggalkan kami semua. sebelum raya lagi arwah telah dimasukkan ke HTAR. Keadaannya separuh koma. pagi2 isnin tu dlm kul 2pagi, ayah call aku. dia suh aku ke HTAR cepat. keadaan along dah bertambah teruk. doc ada call abg lan (abg sedara yg jaga along) tapi tak dapat. so, doc tipon ayah aku kat kpg. lepas dapat panggilan dr ayah, aku ngan faizal bergegas ke hospital tapi dlm perjalanan ayah tipon balik dan bg tau yang along dah tak der. aku terus ke sepital utk menguruskan apa2 yang patut. aku membantu ustazah yang bertugas utk memandikan jenazah dan mengkapankan. lepas tu tunggu van jenazah dari kpg. aku terus balik dgn van jenazah dan faizal ke tempat keje dahulu. secara kebetulan arwah meninggal masa hari raya. so, saudara mara masih lagi ramai berada di kpg. ramai yang datang menziarah. aku berada di kpg sampai lah mlm kenduri tahlil utk arwah. semoga arwah along ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin.

17hb September 2010 Jumaat.
aku pergi beraya ke rumah pakcik aku di Triang 3 Pahang. rumah abang ayah aku. tu jer adik beradik ayah aku yang tinggal slps kedua2 kakak ayah aku meninggal dunia. pakcik aku ni sbnrnya seorg yang pendiam. dia jenis yang tak byk ckp. jadi kalu kitowg datg umah dia, tak heran la dia ada ke tak der ker, sama jer. dia sibuk pegi menyawit. keluar pagi mlm baru balik. kitowg dah bias dah. tapi hari tu dia lain skit. dia leh sembang2 ngan faizal, ngan adik ipar aku. ngan ayah aku. dia siap ckp ngan ayah bwk balik motor yang ada kat umah dia tu. katanya lepas ni dah tak der sapa nak guna. ayah aku pun iye kan jer. yang aku tak leh lupa pakcik aku ni suka sgt ngan danial. dia asyk tanya pasal danial jer.. semalam jer kitowg kat situ, sok nya kami balik ke Selangor. aku bekerja mcm biasa untuk minggu tu. tapi 25hb Sept 2010, petang sabtu, adik aku msj kat aku. bg tau pakcik aku tgh nazak kat sepital Temerloh. aku terkejut sekejap. rasanya baru jumpa sabtu yg lepas. lepas maghrib aku dapat panggilan yang menyedihkan. pakcik aku telah kembali ke rahmatullah. kitorg bersiap2 untuk ke pahang. tgh malam baru kitowg gerak so smp la kat triang subuh nya tu. aku tgk org dah ramai. dari dimandikan, dikapankan sampaila disembahyangkan dan dikebumikan ramai yang datang menziarah. tapi yang pelik nya kat sana, org pompuan tidak dibenarkan ke kubur. hanya org lelaki sahaja. aku rasa tak puas hati tak dapat ikut ke kubur kerana bagi aku itu adalah penghormatan yang terakhir untuk arwah. tapi aku diamkan aje. maybe itu dah menjadi kebiasaan org kat situ.
petg tu aku duduk bersembang2 dgn anak arwah. Fiza (adik sedara aku).... katanya 2 mlm yang sudah ayah nya berperangai pelik. pukul 2 pagi arwah buka tingkap dan pintu. katanya ada org bagi salam dan panggil arwah. fiza ni terkejut kerana dia tak dgr apa2 pun sedgkan biliknya berada di depan tapi bilik arwah berada di belakg. fiza tersedar bila terdengar org buka tutup tingkap. bila dia bangun, dia tgk ayahnya tgh duduk kat sofa dgn pintu dan tingkap yang terbuka. fiza tu nak tutup pintu tapi arwah tak bagi. kata arwah nnt 'org tu' nak datang lagi. fiza ni dah naik takut, dia tutup jer pintu ngan tingkap. dia papah ayah dia ke bilik. dia tak sangka lak org yang ayahnya maksudkan tu adalah Malaikat Maut yang datg untuk menjemput ayahnya. nasib baik lah anak2 pakcik aku ni semua dah beso2.
tapi aku sedih tgk ayah aku. hanya tinggal dia je lgi. adik beradik2nya semua dah tak der. aku harap biarlah umo ayah aku panjang...

kejadian tu betul2 buat aku terasa yang kehidupan ni tak lama. aku tak tau mcm mana keadaan aku nnt bila dah smp masanya. biarla aku nnt perginya dlm keadaan tenang.
semoga kedua2 arwah mendapat tempat diSisinya... Amin...

Monday, September 20, 2010

SELAMAT HARI RAYA..

selamat hari raya kepada semua yang mengikuti blog aku ni.
raya ni aku rasa agak best gak la sbb aku beraya kat kpg aku w/pun tanpa suami tercinta. lagipun tahun semua adik beradik mak aku berkumpul kat umah aku sbb atuk ngan nenek aku ada kat umah aku. mak aku yg jaga da.....
sehari nak raya meriah gak la umah aku sbb acara masak memasak ni. kami masak rendang ayam, rendang daging, nasi impit kuah sate minang n lemang. kuih muih yang lain mcm kuih redan, kuih siput, keropok mace, bahulu dan kek marble yang sememangnya dari air tangan aku. aku buat 2 lg kek tu. raya pertama dah habis. tahu knp? sbb sedapla hahhahaa..
adalah gambar2 best yg sempat aku bluetooth dari nset adik aku. byk lagi gambar lain.



Wednesday, September 1, 2010

hati ku berbunga2...

hari ni puasa yang ke-23.
TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG UNTUK BERHARI RAYA....
banyaknya makanan yang aku nak makan. hahhaa