Sunday, August 29, 2010

Puasa dan Shopping

hari ni merupakan hari Ke-20 berpuasa. Tak lama lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. aku rasa meriah raya setiap tahun. Tapi bagi aku macam biasa jer. persiapan ala kadar. cukup dengan baju sepasang saja. anak aku pun aku ajar mcm tu.
cuma aku nak menyatakan bahawa tahun ni Raya di sambut pada tengah bulan dan pada tengah tahun. Rata2 org akan berbelanja pada akhir bulan sebelumnya. tapi pada hari rayanya pula duit dah makin berkurang. kerana apa???? kerana bonus xder. yelah sapa nak bagi bonus tegh2 tahun kan? duit gaji dah habis wat bersoping baju raya anak beranak. beli baju yang canggih manggih. yang bayk lip lap... rege lak leh tahan. tak nak mengalah.. tu blom lagi bab kuih muih. macam2 jenis kuih yang ada. pelbagai bentuk dan warna. cantik2 lak tu tapi rasanyer...???? ermmm sendiri tahu la kan. ada yang sedap, ada yang kureng.... nak wat sendiri.. tak ramai yang tahu zaman sekarg ni. yang diorg tahu wat kuih tunjuk jer. aku pun sama hahahaha!!!!!!....(jgn dok kata org hahahhahaaa)
Tahun aku aku beraya sendiri dgn anak jer sbb suami aku keje da... dia hantar aku ngan anak2 kat kpg pastu pagi raya terus g keje. sedih aku. tapi 2 hari jer aku kat kpg pastu suami aku amik la aku balik. raya kat umah sendiri lak. tak sabar nak balik rayerrrrr.......
Balik kpg..ooooo balik kampung ooo balik kpg.. hati girang...
(semoga perjalanan aku selamat) amin...

Sunday, August 22, 2010

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan ke-13...
belum lagi terlewat aku nak ucapkan " selamat menyambut Bulan Ramadhan"
moga bulan Ramadhan kali ni akan membawa keberkatan yang lebih lagi dlm kehidupan kita. bulan yang byk Allah beri pahala. tinggal diri sendiri bersiap sedia untuk menghadapinya dan mencari pahala itu....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 16, 2010

kesedihan di bulan Ramadhan...

Entah kenapa hatiku diburu perasaan bersalah yang amat sangat.
Aku adalah aku. aku cuba jadi yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang. tapi kalu ada jua salah yang aku lakukan... sesungguhnya aku ni masih lagi ada kekurangan. memang tiada manusia yang sempurna. bukan niat aku nak mengajar yang tak baik. tapi entah lah...... aku tak tahu kenapa jadi mcm ni. kenapa aku merahsiakan darinya.... kesudahannya aku juga yang sengsara. aku juga yang kena balik. aku tak tahu la aku ni sempurna di matanya atau tidak? tapi aku dah cuba yang terbaik untuk dia. cuma aku ada rasa terkilan, dia tak nampak segala pengorbanan aku selama ni. sebab kesalahan aku yang buat dia sakit hati. tak per la. aku mengalah. buat lah apa yang dia rasa terbaik. aku takkan bersuara apa2 lagi. biarlah aku berdiam diri daripada terus menerus melakukan kesalahan walau pun tanpa disengajakan....

Thursday, August 5, 2010

isteri itu amanah Allah....

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Wednesday, August 4, 2010

-------(OO)----------

HARI NI AKU NAK MARAH….
DAH LA PENAT2 JALAN KAKI JAUH2..
PASTU BILA TIPON NAK MINTAK TOLONG KENA MARAH…
AKU BENGANG... BENGANG…BENGANG…

“A*&^% DAH BETULKAN HARI TU, ROSAK APA LG..MALAS LA DAH.. TAK NAK AMIK TAU.. DAH PENAT.. LANTAK LA…”

OK TAK PER… AKU PUN TAK NAK AMIK TAU. AKU TIPON NAK BG TAU JE. ADA KE PATUT DIA MARAH.. SEDIH TAU..
SO, AKU PUN BIARKAN BENDA TU KAT SITU. KAT TEMPAT DIA ROSAK.
LANTAK LAH…
AKU MARAH NI… MARAH.. MARAH…



Tuesday, August 3, 2010

SEBENARNYA KITA.....

Aku suka sangat ayat2 kat bawah ni... banyak bagi aku peringatan..so, aku harap korg sumer pun dapat hayati maksud kata2 tersebut..

Kita sebenarnya.. ....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya.. ....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya.. ....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnya.. ....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi- nabi Allah

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamuallaikum

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya.. ....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

Kita sebenarnya.. ....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada kesyukuran

Kita sebenarnya.. ....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

NAMUN,.. bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab
KITA SEBENARNYA.. ....….. Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Tapi.. Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)