aku imbas balik la apa yang terjadi kat keluarga aku...
20hb November 2010
Hari ni sekolah mula bercuti. Cuti akhir tahun. masa ni aki kat kpg. lama gak la aku cuti. anak2 aku tinggalkan kat kpg. Biar diorg seronok skit.. kalu tak hidupnya kat taska jela.. sekolah ke, cuti ker... sian lak aku tgk. patutnya cuti2 sekolh boleh ar diowg bangun lmbat ker, bebas nak main2... ini tak, aku g keje diorg pun ikot gak sbb terus nak g hantar ke taska. yang kakaknya bisg.. cuti sekolh pun kena bangun pagi. nak jugak bgn lmbt2. ala sian nyer la... tu la sebab aku anta diorg balk kpg. ermmm smp skrg ni kat kpg lagi. aku siap cakap selagi tak dapat kasut sekolah dari nenek jgn balk umah ibu. heheheee.... teruk tol dapat ibu cam ni.:p..
24hb November 2010
Adik aku (Yan) tipon aku bg tau yg anak sedara aku xdcent (Nurul Amal) keadaannya teruk gak la. konvoi moto berkuasa tinggi yang langgar. pastu diorg leh lari. kurang ajar tul la. aku marah betul dgn org tu.. Yan cakap kaki Amal putus. aku terdiam skjp. "putus ke patah"... aku tanya balk. "putus". betul la apa yang aku dgr. Amal dihantar ke hospital Sabak. tapi mungkin akan dihantar ke sepital klang sebab keadaannya kritikal. pendarahan banyak. aku harap biar la amal selamat. mlm tu aku nagn ema sekeluarga datang ke htar. aku tgk abg kerul ngan ocok Oni dah sampai. tak tau mcm ner keadaan amal. dia ada dlm 'zon kritikal'. tiba2 guard india tu bg tau kami, kalu nak tgk amal tunggu kat depan lif sebab diorg nak bwk amal ke wad ICU. kami pun berkejar2 la ke blkg utk tunggu kat lif. kami nmpk la nurse menolak kali amal. mmg teruk keadaannya. aku dibenarkan untuk naik bersama2 ke wad icu tersebut. tak sanggu nak tgk keadaan amal. bila angha (ibu amal) naik, aku turun ke bawah. menunggu berita selanjutnya. tapi sampai kul 10 mlm tak der apa2 berita keadaan amal. kami tergerak hati nak balik. tapi baru beberapa langkah kami patah balik. rasanya mcm tak sedap hati. kami tunggu la lagi dan akhirnya kami betul2 mengambil keputusan untuk balik. Tetapi abg sedara aku mendapat panggilan telefon yang suruh kami semua naik ke wad icu segera. kami dengan perasaan cemas berkejar ke lif untuk naik ke tkt 5 tetapi ditahan oleh guard yg ada. puas kami kata yg doktor suruh kami semua naik tetapi guard tu tak percaya. akhirnya kami semua dibenarkan naik. elok je kami semua keluar dari lif, nmpk abg angah keluar dari wad icu dan mengatakan yang Amal dah tak der. Amal dah meninggal. sedihnya hati kami. baru 14thn Amal hidup di dunia ni. budaknya pendiam. aku terasa gak la kehilangannya. kami cuba untuk membawa amal keluar mlm tu juga tetapi tak dapat sebab post moterm tak dapat buat. sok nya baru boleh sbb xcdent ni dah jadi kes polis. aku ke Hospital sok nya dlm kul 10. aku turut sama dgn ustazah yang bertugas memandikan arwah amal. keadaan badan amal byk yang calar2 dan lebam2. aku dapat rasakan betapa sakitnya dia masa xcdent tu.
setelah semuanya selesai, jenazah dibawa pulang ke simpang 5. dah ramai yg menunggu. petang tu setelah amik ayah, mak ngan lia yang baru balik dr indon aku terus balik kpg. arwah amal telah selamat dikebumikan. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.....
1hb Disember 2010 (Rabu)
aku memang dah tau yang wak telpong (pakcik faizal) ni sakit. kitorg ada pegi tgk dia masa dia koma kat sepital Temerloh. keadaan dia mmg teruk. aku tak sampai hati nak tgk. mengalir juga air mata perempuan aku melihat keadaannya. walaupun aku bukan la rapat sgt dengan dia tapi kami tetap ada hubungan kekeluargaan. Sepanjang masa sblm dia meninggal aku selalu bersms dgn anak2nya bertanya keadaan wak mcm ner. kata anak2, mcm tu jer la. tak boleh nak wat pape...
Tetapi tarikh 1/12/10 mak mertua aku tipon bg tau yg wak dah meninggal. aku tergaman sekejap. rasanya baru sabtu tadi aku pegi tgk keadaan wak. Tapi nak buat mcm ner kan. Allah lebih sayangkan dia. petang tu jugak kami semua bergerak ke Jengka, Pahang sbb anaknya kata arwah akan dikebumikan malam tu juga. itu pun atas nasihat pihak hospital sbb darah dan air dah terlalu banyak masuk ke badan nya...
Sampai di rumahnya org dah mula ramai. yelah sebab Wak Telpong merupakan ketua blok. malam tu keadaan semuanya masih sugul. yang aku tak boleh nak tahan dengar diorg citer.. rupanya anak nya yang bongsu tak tau pun yang ayahnya meninggal sbb masa tu dia tgh peksa SPM. diorg adik beradik pakat rahsiakan semuanya. aku tak tau lah mcm ner perasaan anaknya bila dia tahu yang ayahnya dah takde. biasanya anak dia akan msj ayah dia bila nak masuk dewan peksa. tapi sebab keadaan ayah dia ni dah tenat kat sepital, so, abangnya la yang berlakon dan balas msj2 tersebut.
pagi esok masing2 berbincang mcm ner nak bg tau kat adik dia yg bongsu tu hal sebenarnya. entah la... aku orang luar. dengar je apa keputusan diorg. semoga semuanya tabah manghadapi dugaan hidup selepas kematian mak dan ayah diorg. hanya doa anak2 soleh yang akan menjamin kebahagiaan kedua2 arwah. amin...
No comments:
Post a Comment