Thursday, December 31, 2009

azaMMMM 2010....

TAHUN 2010.... baru nak menjelma, ada 365 hari. banyakkan perkara boleh terjadi? nasib la jika perkara tu BAIK atau SEBALIKNYA... cuma kita tak tau apakah kita panjang umur untuk menikmati 365 hari yang akan datang...... jika panjang, Alhamdulillah... Allah masih lagi memberi peluang untuk kita perbaiki kehidupan ini yang hanya menumpang buat seketika cuma...
Alangkah beruntungnya kita hidup mewah di bumi ini sehinggakan kita alpa untuk seketika....



lirik lagu dibawah ni, begitu menyentuh hati...

Andai ku tahu..
Kapan tiba ajalku..
Ku akan memohon tuhan
Tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu..
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan
Jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku..
Aku takut dosa yang terus membayangiku…

Andai ku tahu..
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucapkan kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku..

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku jua tak pantas di syurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku..
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu..
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu..

Monday, December 28, 2009

Tahun 2010.....

beberapa hari jer lagi Tahun Baru.. Selamat tinggal Tahun 2009, tahun yang banyak memberi suka.. duka.. pahit.. manis.. banyak kejadian dalam hidup aku yang aku tk mungkin aku lupakan. kisah hidup aku ngan keluarga.. ngan kawan kat tempat kerje dan macam2 lagi lah...
kalau sorg2 aku teringat balk sumer kenangan. mana kenangan yg pahit takkan aku lupakan, akan aku jadikan pedoman utuk aku teruskan hidup. tapi bagi kenangan yang manis, aku akan ingat sampai bile2 supaya hidup aku yang mendatang akan bertambah ceria dan bahagia bersama2 org yang aku sayangi disekeliling aku...




ha.. ha.. ha.. lagi satu kan.. umor aku pun dah makin meningkat... teeeetttttt....
yang ke berapa yer???? isk malu lak nak cakap..
aku harap tahun ni aku bertambah matang untuk aku jalani hidup aku
sebagai isteri yang solehah, sebagai ibu yang mithali dan kawan yang terbaik..







segala ilustrasi di atas hanyalah sekadar gambar.. sbb aku suka ha..ha..ha..

Wednesday, December 23, 2009

FOKUS KU HILANG....

KENAPALAH PAGI2 AKU DAH TGK BENDA YG AKU TAK SUKA.. BENDA YG BOLEH MENJELESKAN AKU???
ARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG.... TENSION....TENSION MELANDA DIRIKU... TOLONG LAH...


TENSION.... LOST FOCUS LA...

AKU RASA NAK TERBANG JAUH2 AGAR AKU TAK NAMPAK APA YG SEPATUTNYA AKU TAK NAMPAK...
APA YG SEPATUTNYA AKU TAK DENGAR.. AKU NAK BEBAS.. BEBAS.. BEBAS..
DARI SEGALA MASALAH YG MENYERABUTKAN FIKIRAN AKU...
TAPI BOLEH KER AKU????????

MEMG DAH MANUSIA DIJADIKAN UNTUK BERDEPAN DENGAN SEGALA UJIAN..

"Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. "

SABAR JE LA..... COBAAN... TAPI INI BUKAN COBAAN, INI BETUL2 KEJADIAN.. MCM NER NI???

Monday, December 14, 2009

mendung.....

Hari ni isnin... macam biasalah mood nak keje agak kureng skit. nak2 aku sorg2 jer kat atas area aku ni.... tapi aku tak kisah pun. bukannya aku tak ble hidup kalu sorg. ada lagi mber laen...
tapi hari ni aku rasa berdebar2 lahhhh.. naper yer.. perasaan takut yang tiba2 hadir membuatkan aku termenung buat seketika. aku terfikir jika sesuatu terjadi kat aku adakah suami aku akan menerima aku dengan seadanya... seharian aku bermain dengan perasaan aku.. perasaan yang tak menentu hala. perasaan yang aku tak tahu hujung pangkalnya.. dah cuba aku lakukan apa2 yg boleh buatkan aku lupakan tetg perasaan aku. tapi tetap tak boleh.
cuaca kat luar mendung semendung perasaan aku. langit kelam yang bakal memuntahkan isinya... tapi aku?????////

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Wednesday, November 11, 2009

teringat zaman sekolah2 dulu..






hari ni merupakan hari sukan sekolah rendah agama sek 3. (sekolah anak aku)

seronok aku rasa tgk keadaan mcm tu. dah lama tak menyaksikan situasi tu... memang aku teringat lah zaman aku sekolah dulu. tak sangka lak apa yang aku rasa dulu anak aku rasa lak.. rasa mcm aku baru jer lepas habis sekolah... iyer ker????
adalah sikit gambar yang dapat aku ambil..

first time thn 2009



kursus hasil - The Summit Hotel, Subang Jaya
Tajuk - Semakan semula Fail Meja
Tarikh - 06-08hb November 2009

buat pertama kalinya untuk tahun 2009, bahgn hasil buat kursus. tu pun mula2 kena reject.. apa lah diorg tu suka sgt reject2 permohonan org ni... luluskan ajer lah selagi bwh budget... bukn susah, sain jer...
bhgn hasil sumer terlibat. ada lah kami jemput bhgn lain. nak ramaikan org...
smpai kat hotel kami diberi kunci bilik, kupon breakfast dan kupon fruit punch..
tertanya2 gak kupon aper tu? biar lah.... aku dtg nak berkursus...
smpai waktu balik, aku tunggu hubby aku amik kat hotel. lama lagi ni.. skrg baru kul 1.30 t/hari. hubby aku blk kul 3 ptg. aku tungg punya tunggu.. sampai lah aku bosan. apa kata aku guna kan kupon fruit punch ni.. so aku pun masuklah kat LEAF CAFE dan tunjukkan kupon tersebut. pelayan tu bawa aku duduk. aku pun keluarkanlah fail meja aku yg blom siap tu lagi dan mula menyiapkan apa2 yang patut. tak lama tu, pelayan tadi sampai dan bawa hidangan untuk aku..
la ini rupanya fruit punch.. tak lah best sangat.. lain dar gambaran aku.. setakat macam tu aku pun leh buat kat umah..

Wednesday, November 4, 2009

hari ahad tadi 01hb Nov, merupakan birthday aku yang ke 29 thn... muda lagi. angka kat depan tu tak berubah lagi...
suami aku mcm biasa suka buat kejutan kat aku. dia sambut birthday aku kat wet world shah alam. walaupun tempat tu biasa jer tapi keikhlasannya yang membuat aku bahagia dan terasa dihargai. aku happy tengok anak2 aku suka mandi sambil main2 air. sampai t/hari kami kat situ. kami balik dan dia bawa aku ngan anak2 gi makan kat kfc. ada lagi satu kejutan yang dia buat. dia beli kek dan nyanyikan sama2 ngan anak2 untuk aku. bahagianya aku saja yang rasa. aku berdoa biarlah kebahgiaan ini milik aku sekeluarga hingga ke akhirnya. thanks abang dan anak ibu... i love u all

Wednesday, October 28, 2009

Wahhhhh... PanDAinyer aKu...




Hari sabtu tadi aku berjaya gak buat AYAM GORENG BEREMPAH. sedap lak tu.. peh terangkat makan..(saja je puji sbb sdiri je yg rasa)
selama ni mmg aku nak buat. tapi nak wat skit alang2. malas la jadinya. tapi sabtu tadi anak makcik aku konvo kat Uitm S.A. diorang dtg dr N.9 dan berkumpul kat umah aku...(tu jer yang dekat)hi..hi..hi.., aku pun try lah tunjukkan kepakaran aku dalam masak memasak ni. mlm tu aku bagi hidangan:

* ayam goreng berempah
* sambal udang
* sayur campur 7 rasa
* tomyam campur -----) yg ni aku beli sbb xder kuah--

suka aku tengok diorg mkn. puas hati aku sbb dapat masak.

Monday, October 26, 2009

ehhh!.... Hari ISnin Ker?

bosannya hari ni.... biasalah hari pertama kerje mesti tak de mood lagi kan?
aku tak tau nak wat per.. ada la keje yang dah siap. tapi aku tak teruja lah ngan keje ngan aku dah siapkan.. bosan kan....
ada yang berangan cam mat jenin..
ada yang menunjukkan kretivitinya...
ada yang menggodek2 komputer...
tapi aku.... AKU BUAT KERJE LAH.. APA LAGI. INGAT APA????

kepada kawan2 semua ditujukan lagu "KERJA GILA".

hope sume happy ngan kerja skrg...

Thursday, October 22, 2009

suka nyer aku....

pada 3hb hingga 9hb Ogos yang lalu aku pergi KURSUS INDUKSI UMUM kat KEM EL-AZHAR MORIB. kursus tu salah satu syarat untuk aku sahkan jawatan aku dalam Gov ni... lama tu aku kursus.. aku tinggalkan kerje, kawan2 anak2 dan yang paling seidh aku tinggalkan suami tercinta. seminggu tu....
tapi sebab kerja punya pasal suami aku relakan... dia jaga anak2 kat umah. tq abang..
selam kursus tu aku bersengkang mata.. penatnya jangan cakaplah. aku belajar dan kena amik peksa... so study hard la aku..

tapi sekarang 21hb Oktober 2009 keluarlah keputusan exam ari tu... yes... AKU LULUS... AKU LULUS.. ALHAMDULILLAH.. yang sama2 gi ngan aku semuanya lulus..
itu lah berita yang menggembirakan aku...

Friday, October 16, 2009

Dapat pun aku lagu yg selama ini suami aku suh aku carikan....
best gak aku dengar lagu ni... adakah suami aku tujukan lagu ni utk aku.... tet........
apa2 hal pun korang hayati lah lirik lagu WANITAKU -SALEEM...

SAYANG ADUH SAYANG
PUJAAN HATIKU
SAYANG WAHAI SAYANG
PELITA HIDUPKU
SAYANG ADUH SAYANG
CINTAKU UNTUKMU
SAYANG WAHAI SAYANG
PENGLIPUR LARAKU
RENTANGKAN KESETIAAN
LABUHKAN KEBAHAGIAAN
LAYARKANLAH ASMARA SELAMANYA
ADAKAH KAU MENDENGAR
KELUHAN KASIHKU INI
TIAP SAAT KU MERINDU MEMUJAMU
ADAKAH KAU SEDARI
SUCINYA CINTA KU INI
TIADA INSAN YANG KU PUJA SELAINMU...
SAYANG AKU SAYANG
SAYANG KU UNTUKMU
RINDU AKU RINDU
RINDU MU SELALU
KAULAH WANITAKU
AKU LELAKIMU
MOGA KASIH MOGA SAYANG
DI RESTU ILLAHI..

WAHHHH BESTNYA AKU DENGAR LAGU NI...


Monday, October 12, 2009

–tanpa-

Resah yg ku ubah dlm kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski, pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu,
menemani aku sepi

Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati

Kini benar2 ku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti… takut..
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati …


Lagu ni best sangat.... aku suka tul lah..
ditujukan khas buat sume orang2 yang aku sayangi...
My Love Story


Kisah bermula pd tahun 1994. Aku berada dalam form 2 di SMK Dato Mustaffa (SDM). Masa tu bulan puasa, mcm biasa.. petng2 kami kuar g pasar ramadhan. Lupa lak nak tulis yg aku duduk hostel kat sekolah tu. Aku suka beli popiah goreng mber aku ni..tp hari tu, mamat ni pulak yg layan aku nak beli aper. Ermmm… leh tahan gak mamat ni.. hensem!!!!!
Esok pagi aku tnya mber aku sapa mamat petang smlam tu.. oooo…. Sepupunya. Dan yg paling best.. mamat tu sekolah sama ngan aku lah… setahun lebih tua dari aku. ada can ni… apa lagi aku mulakan langkah pertama… Kirim Salam.
Nama si dia Faizal...Sejak dari itu kami mula rapat. Aku mula berkawan dengannya. Sering berutus surat dan nota2 kecil. Masa tu takde handphone lagi. So surat lah untuk melepaskan rindu.. kat sekolah pun selalu gak dating.. tu pun nyorok2. Takut cikgu Nampak.. Cuma aku tak tahu sejauh mana hubungan kami. Apa yang aku tahu aku rapat dengan faizal dan aku menyenanginya. Aku mudah cemburu bila Nampak dia dgn pompuan lain. Aku pun tak tau apa makna di sebalik cemburu tu… kisah aku berkawan dengan faizal heboh dikatakan satu sekolah.. yer lah aku ni kan seorang pengawas sekolah yang glamer..
Aku berkawan dgn nya sampailah aku tamatkan zaman persekolahan aku tahun 1997. Masa tu dia dah keje pun. Terlalu byk kenangan aku dgn dia kat SDM. Bagi aku sekolah tu adalah tempat yang palig manis buat aku. Tempat yang menemukan aku dgn dia. aku takkan lupakan sekolah SDM tu..
Mcm korg sumer jgk kan… aku mula mencari kerje. Saja jer cari kerje dekat ngan faizal kerje. Senang nak dating kan….. semakin hari aku semakin rapat dan mesra dengan dia. Kami pun tak tahu yang sejak bila kami mula bercinta. time kerje pun byk kenangan kami.. kenangan suka duka, masam manis dan byk lagi lah… kami dah semakin dewasa.. hubungan lak dah semakin rapat. Aku mula terfikir sampai bila kami nak macam ni.. aku pun mula terfikir… dia ni tak nak kawin ker.. adakah aku ni calon yang sesuai utk dia… aku pun cuba bertanya kat dia.. dan…………
Pada tarikh 9hb Feb 2002, kami pun menamatkan zaman bujang dan dara kami. Pada tarikh tu kami telah diijabkabulkan…… kini sah lah aku menjadi isterinya..
Apa yang aku nak tulis… aku terlalu sayangkan dia yang kini dah jadi suami aku. Seluruh jiwa raga aku serahkan kat dia.. selagi aku bernyawa aku akan menyayangi dia. Dialah hidup aku dunia akhirat…


Exammmmmmm

rabu ni 14/10/09 aku pegi exam kat Putrajaya... dapat ke aku jawab soalan tu yer.... mintak2 senang la kan..
aku exam sebab nak sah kan jawatan aku kat gov. ni. dah lama aku tunggu nak dapatkan jawatan TETAP. sekian lama aku memegang tittle kontrak.... akhirnya... aku dapat gak Tetap. boleh menjamin masa depan keluarga aku...
AKU BERJANJI AKAN BERKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN PENUH AMANAH.
kepada kengkawan sumer.. doakan kejayaan daku.....

Raya Opis Aku...

aku tak sabar nak tunggu hari raya yg opis aku buat. hari kamis ni.. baju raya aku tak pakai lagi g opis. adalah yang dah pakai.. tapi yang biasa2 jer... wahhhh grand sangat ke baju raya tu...
tak de lah... baju biasa jer. tapi sebab kain kosong kan... so aku tak pakai selalu nanti cepat kotor. pastu pakai baju tu tak leh nak lasak2...
bahagian aku gak di pertanggungjawab kan untuk buat deco masa jamuan raya tu... td dah g servay2. nak pinjam opis lain punyer... tak tau la dapat ke tak...

Thursday, October 8, 2009

PaSAL Aku...

apa aku nak citer yer.....
sebenarnya aku baru nak berjinak2 ngan blog ni.... aku buat dah lama, tp sejak kengkawan kat opis ni kecoh2... so aku teruja lah nak 'on' balik walaupun blog aku masih kosong lagi...

first sekali aku nak citer pasal keluarga aku... tgk gambar jela yer.... suami aku and anak2 aku...



jeng.... jeng... jeng.... tu lah keluarga aku... anak2 aku comel kan????
Alya Umairah dan Danial Aqashah
yerlah.. ikut ibu dan ayahnya.. kan ok tu...