Monday, June 21, 2010

Selamat hari bapa...

Sempena Hari Bapa ni, aku nak luahkan betapa sayangnya aku kat ayah aku. Teringat masa ayah aku nak g Haji dulu. banyak nasihat yang telah diberikan kat aku. macam dia pegi tak nak balik. Antara pesannya kat aku...
" Jaga adik2, Jangan tinggal sembahyang... sebab eni anak yang sulong. semua harapan ayah bagi kat eni.." masa tu aku dah nangis2... bila ayah peluk kami adik beradik aku rasa mcm tak nak bg ayah pergi jer.. tapi aku kena redha sebab ayah pergi menunaikan Fardu Haji yang telah dituntut. Masa ayah pergi Haji tu keadaan ayah tak begitu baik. ayah ada pergi Hospital Sabak Bernam amik stok ubat sblm ayah pergi Mekah. Tapi bila balik dr hantar ayah kat KLIA, aku nampak ubat nya tinggal kat meja yg selalu ayah baca buku. aku punyalah panic. mcm ner kalu ayah sakit nnt. aku cuba tanya2 kan. tapi ada ustaz ni cakap ... tak payah risau sbb segala penyakit InsyaAllah akan sembuh bila kita berada di Rumah Allah... aku berdoa semoga ayah selamat pergi dan pulang masa tu...
Terima kasih jugak buat mak aku yang banyak berkorban jaga ayah masa kat Mekah. mak la yang banyak turun naik bas sbb ulang alik amik barang dan beg. sebab ayah mmg tak larat nak angkat sumer tu....Tapi Alhamdulillah, mak ngan ayah pulang dengan selamat.
betul la kata org.. Apabila berdoa di hadapan Kaabah, InsyaAllah akan dimakbulkan.
selepas balik dari Mekah, aku nampak ayah dah semakin sihat. badan nya dah kembali berisi dan bertenaga... semoga ayah akan sihat selamanya dan dipanjangkan umor. Amin...


No comments:

Post a Comment