Tuesday, July 27, 2010

BENCI BILANG CINTA

Sekarang ni tengah hangat kat Astro Ria citer Indon "Benci Bilang Cinta". aku suka layan citer tu. Rasanya setiap hari selasa hingga jumaat tak sabar nak balik rumah sebab nak tgk citer tu yang bermula pukul 6.30 petg. kadang2 tu keje rumah buat pun tergesa2. masa masak pun terintai2 kat depan tv....ada mak kisah.... lagi satu kan, kalu hari sabtu citer ni ada ulangan untuk seminggu punya. mula kul 5 petg sampai kul 9 mlm. syok oooo tgk direct..



citer ni mengisahkan pasal kawin yang ditetapkan oleh keluarga yang kaya raya (biasalah kalu nak kan harta turun temurun kenala kan ikut wasiat) , kawin kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut. kononnya sampai cukp masanya diorg akan bercerai. tapi kuasa Allah telah menetapkan jodoh diorg. si suami mmg dah jatuh sayang dgn si isterinya. tapi si isteri ni masih lagi dlm was2 kerana adanya surat kawin kontrak tu.. macam2 la dugaan yang di hadapi oleh pasangan tersebut. tapi mmg best la citer ni..
aku syorkan kalu korg nak tgk citer ni sila la yer... LAYANNN...

Monday, July 26, 2010

Dah Sampai Masanya....

semalam 26 Julai 2010 Isnin.... aku telah memulakan tugas kembali di Bahagian Hasil setelah sebulan aku MC. hehehehee... tak bestnyer... perkara yang dah tak bole aku buat lagi :-

1- dah tak bole sambung tido lepas anak2 g sekolah
2- dah tak bole nak online facebook sepanjang hari
3- dah tak boleh nak tengok tv selalu
4- dah tak boleh nak rehat2kan dan manja2kan diri atas katil lagi....

sekarang,

1- dah kena bangun pagi.. pegi keje
2- dah kena wat keje kat opis
3- dah kena jawab talifon
4- yang penting, dah kena wat keje umah balik... WAWAWAWAAA...A.....A....

Sebelum ni En. Husben yang wat sumer keje umah... so skrg ni bila aku dah beransur sembuh kena lah amik balik tugas yang memang kepunyaan aku. cuma keje2 yang berat masih lagi milik en. husben. apa2hal pun TQ banyak2 kat en. husben kerana sudi menjaga dan menolong pn. isteri nya ini selama berada dalam pantang....
Budi dan jasa baik mu akan dikenang hingga ke akhir hayat..

Sunday, July 11, 2010

BYE BYE WORLD CUP 2010.

ERm....malam tadi WC dah ke kemuncaknya. SPAIN VS NETHERLANDS. Pemenangnya dah tahu pun. Spain muncul juara buat pertama kali. congrats.. team pilihan aku terpaksa menerima hakikat yg diowg leh dpt tmpt ke-2 jer. ok la tu.
Lepas ni tak de la suami aku ataupun aku nak bersengkang mata tgk bola. kitowg leh tido dgn aman. mesti rindu ngan bola kan. ye la dah sebulan bola..bola..bola...
lps ni xder nak rasa mengantuk lagi time wat keje... ye ke, bukan mengantuk jer ke kt tmpt keje..




Saturday, July 3, 2010

citer aku...

24 Jun 10- Khamis
aku check in di PPUM. aku dah buat keputusan untuk menjalani pembedahan membuang fibroid yang sudah lama ada. Hari tu aku kena kaunseling ngan doktor fisioterapi ngan doktor bius. diorg ada bg nasihat dan cara2 nak biasakan diri slps operation. petang aku dh mula puasa....sbb esok pagi nak masuk bilik oprate..

25 Jun 10- Jumaat
subuh2 lagi aku dah digerakkan suh aku mandi..tak bole sarapan. huhuhuuuu sedihnya. tiba tepat kul 8 pagi, terdengar la suara “ Katil no 33 dah ready ker?” . Huuuuhuhuhuu berderau darah aku. Sblm aku masuk bilik operation, nurse ada bagi aku makan ubat tido. Suami aku ada temankan aku sepanjang perjalanan dari wad 10U ke Dewan Pembedahan. TQ sayang… aku pun ditolak masuk ke dalam bilik. Sejuknya….. aku diarahkan utk tukar baju dan dibiarkan sendirian atas katil dan selepas itu aku tidak sedarkan diri sehinggalah…….
“Puan…puan… bangun.” Sayup2 aku terdengar suara. Aku membuka mata. Sakitnya seluruh badan aku.
“puan dah selamat menjalani pembedahan. Sekarang puan akan ditempatkan semula di wad yer.” Waktu itu jam menunjukkan jam 1.30 tengah hari. Lamanya aku di operate..
Aku pun ditolak ke wad. Sempat aku bertanya kat nurse tu mana suami aku dan dia hanya menggeleng kepala. Aku disuruh mengensot sedikit demi sedikit untuk ke katil aku. Ya Allah.. sakitnya. Tapi aku gagahkan jua dan aku kini berada di katil ku. Keadaan aku masih lagi belum sedar sepenuhnya. Aku tertidur sehinggalah aku tersedar kerana terasa ciuman hangat di dahiku. Aku membuka mata dan aku lihat suamiku tersenyum memandang aku.” I Love U Sayang…” Bahagianya aku bila dalam keadaan aku begini suami aku ada menemani aku.. (mmg patutkan dia ada ahaks..) sampai ke malam aku hanya tertidur saja. Aku diberi ubat tahan sakit berbentuk injection. Bayangkan lah.. sehari 4 kali aku dicucuk. Aku masih belum dibenarkan makan. Air entah berapa botol sudah dimasukkan ke badan aku. Sampai ke malam aku hanya seperti itu. Terbaring…. Suami aku terpaksa balik kerana tak boleh teman aku coz itu wad pompuan…
Malam tu Dr.Si Lay… Doc yang telah membedah aku datang melawat aku dan memeriksa keadaan aku. Katanya aku bertambah baik. Mudah2an .. Amin..

26 Jun 10- Sabtu
Hari ni seharian aku kat sepital. Tapi t/hari aku dah dibenarkan makan. Hanya bubur kosong… huhuhuhuu tak sedap langsung. Aku dah diarahkan supaya menggerakkan badan. Di suruh duduk dan berjalan2…..Alhamdullilah sehingga malam aku sudah boleh duduk dan berjalan sikit2 walaupun sakitnya tetap ada. Tapi aku tahan juga sebab aku sbnrnya dah tak tahan asyik baring jer.. bontot pun dah sakit… aku lebih banyak duduk kat kerusi… tapi ada sebabnya…. Sebabnya kalu aku dah turun dr katil, aku dah tak tau mcm ner nak naik balik. Katilnya tinggi. Sakit oooo nak panjat balik tu..huhhuhuu..

27 Jun 10- Ahad
Horey… dah boleh balik…… tak sabar aku nak balik…. Berpantang la sorang2 kat umah…