Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

BENCI BILANG CINTA

Sekarang ni tengah hangat kat Astro Ria citer Indon "Benci Bilang Cinta". aku suka layan citer tu. Rasanya setiap hari selasa hingga jumaat tak sabar nak balik rumah sebab nak tgk citer tu yang bermula pukul 6.30 petg. kadang2 tu keje rumah buat pun tergesa2. masa masak pun terintai2 kat depan tv....ada mak kisah.... lagi satu kan, kalu hari sabtu citer ni ada ulangan untuk seminggu punya. mula kul 5 petg sampai kul 9 mlm. syok oooo tgk direct..



citer ni mengisahkan pasal kawin yang ditetapkan oleh keluarga yang kaya raya (biasalah kalu nak kan harta turun temurun kenala kan ikut wasiat) , kawin kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut. kononnya sampai cukp masanya diorg akan bercerai. tapi kuasa Allah telah menetapkan jodoh diorg. si suami mmg dah jatuh sayang dgn si isterinya. tapi si isteri ni masih lagi dlm was2 kerana adanya surat kawin kontrak tu.. macam2 la dugaan yang di hadapi oleh pasangan tersebut. tapi mmg best la citer ni..
aku syorkan kalu korg nak tgk citer ni sila la yer... LAYANNN...

Sunday, July 11, 2010

BYE BYE WORLD CUP 2010.

ERm....malam tadi WC dah ke kemuncaknya. SPAIN VS NETHERLANDS. Pemenangnya dah tahu pun. Spain muncul juara buat pertama kali. congrats.. team pilihan aku terpaksa menerima hakikat yg diowg leh dpt tmpt ke-2 jer. ok la tu.
Lepas ni tak de la suami aku ataupun aku nak bersengkang mata tgk bola. kitowg leh tido dgn aman. mesti rindu ngan bola kan. ye la dah sebulan bola..bola..bola...
lps ni xder nak rasa mengantuk lagi time wat keje... ye ke, bukan mengantuk jer ke kt tmpt keje..




Sunday, June 20, 2010

MUSIM BOLA DATANG LAGI...

Ahahahah....

Bulan 6 ni, adalah bulan yang ditunggu2 oleh semua penduduk bumi ni. sebabnya WORLD CUP. aku pun tak taulah apa yg specialnya pasal bola ni... kalu nak fikirkan mcm org bongok gak.. bola yang satu pun nak direbutkan. suh la FIFA tu beli banyak2 bola. pastu bagi lah kt pemain tu sorg satu. huhhuhuuuuhuu...

Tapi yang sebenarnya, aku pun suka gak tgk. yer la World Cup ni datangnya 4 Thn sekali. maunya excited aku tgk. masa ni leh tgk pemain2 dunia menguasai padang bola sepak yang gah di mata dunia. aku dapat tgk perbedaan permainan antara org malaysia ngan pemain negara lain. Jauh panggang dari api. Negara pilihan aku of course la Negara Asia. Korea + Jepun. Tapi ada gak negara lain yang aku suka. aku akan tonton perlawanan bola ni hingga ke final nya. syoknya bola....