Yaaaa... Hoooooo..... Syooook nyer.
24hb Okt. 2010 (Ahad)
Permohonan MBJ PTGS untuk melawat SUK KELANTAN telah diluluskan oleh Dato' PWN Selangor. Berita yang memang dinantikan2 oleh kami semua. Pagi tu kami semua berkumpul di hadapan SUK untuk memulakan perjalanan. Bas Persiaran tiba. dengan rasa happy nya kami semua menaiki bas. Harap2 perjalanan berjalan lancar tanpa ada kejadian yang tidak diigini. Amin.
Perjalanan berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kemalangan yang kami saksikan. terdapat sebuah bas yang menjunam masuk ke dalam gaung. ada lagi beberapa penumpang yang masih terdapat di situ menunggu bantuan tiba.
Alhamdulliah kami selamat tiba..
Malamnye... ada kelas sekejap sebelum kami berjalan2 ke Wakaf Che Yeh. Kiranya kalu kat Shah Alam ni mcm Uptown la. best gak ke sana. mcm2 barang ada jual. harga pun leh tahan gak la. aku pun tak lepaskan peluang yang ada untuk menyoping...
Huhuhuhuu... sedihnya gambar aku tak banyak....
25hb Okt.2010 (Isnin)
Lawatan bermula.
Tempat pertama yang kami lawat ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan (JUPEM). Kami mendapat layanan yang baik. sessi pengenalan berjalan baik. kami diperkenalkan dengan cara2 kerja Jupem. yang best kami di jamu dgn Nasi Dagang. sedap giler. rasa nak tambah lagi tapi malu lak. hihihihiiii...
Sessi pagi berakhir. kami tidak melepaskan peluang yang ada. Waalaupun waktu singkat tapi kami tetap juga pergi untuk bershopping lagi. tempat tujuan kami adalah ke Bazar Siti Khadijah. Boleh la barang2 yang ada kat situ. aku beli keropok ikan untuk kawan2 opis, keropok kiriman cik hanim dan lepas tu aku memuaskan diri aku dengan mencari barang2 aku lak... punyalah penat berjalan tak der apa pun yang aku beli. cuma kerongsang berbentuk daun. tapi yg bestnya harga nya. sbb kat shah alam aku tgk brooch mcm tu dah RM25 tapi aku beli ngan harga RM8 sepasang. best kan..
tepat jam 12.30 t/hari kami berkumpul semula menunggu bas utk pulang ke Hotel. Makan2dan solat seblm sessi petang bermula....
2.30 petang.
berkumpul di lobby hotel untuk ke destinasi seterusnya. SUK Kelantan.
Dengan bangganya aku dah sampai ke Kompleks Darul Naim. tempat Tuan Guru Nik Aziz. tapi sayangnya aku tak jumpa pun. kalu la aku ada rezeki berjumpa dgn beliau aku akan bergambar dan akan fremkan gambar tersebut. huhuhuhuuu....
di SUK Kelantan kami diberi penerangan tentang pergerakkan MBJ dan Program 5S. Seronok aku tgk 5S yang telah dibuat oleh diorg. utk pengetahuan korg, PTG Kelantan adalah pejabat pertama yang telah mendapat Sijil 5S pada 3 thn yang lepas. best kan. tapi PTGS baru nak bermula. itu pun blom nmpak lagi apa yg nak di ubah. kami di bawa melihat pejabat terbaik yang mengamalkan 5S. rasa mcm tenang je masuk opis diowng ni.. nak wat keje pun mcm best jer. korg tgk lah gmbr2 yg ada..
Ada lagi....
Malamnya aku tak larat nak kemana2. diowg ada gak yang jalan2. tapi aku nak tido. esok nak balik dah. tapi sebelum tu nak singgah kat Pengkalan Kubor. nak shopping lagi... gud nite...
26hb Okt. 2010 (Selasa)
selepas bersarapan kami terus menuju ke Pengakalan Kubor. sbb pegi pagi2 kan tak byk lagi kedai yang bukak. aku pun tak tau nak beli apa. cuma aku belikan tshirt utk semua anak2 buah aku jer.. tambah tolak byk gak la aku habis... hehehhehe...
smp selangor, dok kat opis diam2... duit dah tak der...
Alhamdulillah dalam kul 10.00 malam kami selamat tiba semula ke shah alam...
No comments:
Post a Comment