Monday, June 21, 2010

Selamat hari bapa...

Sempena Hari Bapa ni, aku nak luahkan betapa sayangnya aku kat ayah aku. Teringat masa ayah aku nak g Haji dulu. banyak nasihat yang telah diberikan kat aku. macam dia pegi tak nak balik. Antara pesannya kat aku...
" Jaga adik2, Jangan tinggal sembahyang... sebab eni anak yang sulong. semua harapan ayah bagi kat eni.." masa tu aku dah nangis2... bila ayah peluk kami adik beradik aku rasa mcm tak nak bg ayah pergi jer.. tapi aku kena redha sebab ayah pergi menunaikan Fardu Haji yang telah dituntut. Masa ayah pergi Haji tu keadaan ayah tak begitu baik. ayah ada pergi Hospital Sabak Bernam amik stok ubat sblm ayah pergi Mekah. Tapi bila balik dr hantar ayah kat KLIA, aku nampak ubat nya tinggal kat meja yg selalu ayah baca buku. aku punyalah panic. mcm ner kalu ayah sakit nnt. aku cuba tanya2 kan. tapi ada ustaz ni cakap ... tak payah risau sbb segala penyakit InsyaAllah akan sembuh bila kita berada di Rumah Allah... aku berdoa semoga ayah selamat pergi dan pulang masa tu...
Terima kasih jugak buat mak aku yang banyak berkorban jaga ayah masa kat Mekah. mak la yang banyak turun naik bas sbb ulang alik amik barang dan beg. sebab ayah mmg tak larat nak angkat sumer tu....Tapi Alhamdulillah, mak ngan ayah pulang dengan selamat.
betul la kata org.. Apabila berdoa di hadapan Kaabah, InsyaAllah akan dimakbulkan.
selepas balik dari Mekah, aku nampak ayah dah semakin sihat. badan nya dah kembali berisi dan bertenaga... semoga ayah akan sihat selamanya dan dipanjangkan umor. Amin...


Sunday, June 20, 2010

cUTi PanJANg.....

Maybe minggu ni minggu last aku keje sblm aku cuti panjang. bukan nak g mana pun... saja nak berehat kat umah jer. Tapi masih ada lagi keje opis yang perlu aku siapkan. mana nak jawab surat, nak jawab email hasil, nak hadir meting... ermmm banyak lagi lah. sbnrnya Wawa dah kompom akan amik keje aku masa aku cuti. Tapi masih banyak lagi yang perlu wawa belajar sbb slm ni dia jaga kaunter. kalu bab nak jwb soalan public, gerenti dia boleh. tapi keje aku ni.. kena wat pelarasan, kena jawab surat..

"WAWA - pandai2la ko ye wawa tanya kat sesiapa yang tahu... Tapi kalu boleh tanya lah kat MUMMY kita yer... Jgn la tanya kat yang lain2... nnt kena perli jer. yer la sbb skrg ni kan dah ada Mak masing2 kat hasil ni.. KAK ARNIE"

***********************************************************************************
Knp aku tiba2 jadi takut bila memikirkan cuti aku ni....

MUSIM BOLA DATANG LAGI...

Ahahahah....

Bulan 6 ni, adalah bulan yang ditunggu2 oleh semua penduduk bumi ni. sebabnya WORLD CUP. aku pun tak taulah apa yg specialnya pasal bola ni... kalu nak fikirkan mcm org bongok gak.. bola yang satu pun nak direbutkan. suh la FIFA tu beli banyak2 bola. pastu bagi lah kt pemain tu sorg satu. huhhuhuuuuhuu...

Tapi yang sebenarnya, aku pun suka gak tgk. yer la World Cup ni datangnya 4 Thn sekali. maunya excited aku tgk. masa ni leh tgk pemain2 dunia menguasai padang bola sepak yang gah di mata dunia. aku dapat tgk perbedaan permainan antara org malaysia ngan pemain negara lain. Jauh panggang dari api. Negara pilihan aku of course la Negara Asia. Korea + Jepun. Tapi ada gak negara lain yang aku suka. aku akan tonton perlawanan bola ni hingga ke final nya. syoknya bola....

Thursday, June 17, 2010

lamanya tak update.....

18hb Jun 2010....

Minggu ni merupakan last day cuti sekolah. minggu depan persekolahan penggal ke2. rasanya sekejap je masa berlalu.
Sehingga tarikh ni banyak yang aku tempuhi... bermacam dugaan yang datang.

3/6/10- kete aku mengalami kecelakaan... aku xcident da... nasib baik aku ok. tapi kete aku yang tak ok. habis la bumper depan tu remuk... benda yang aku cuba nak elakkan, tapi jadi gak. aku mmg dah tak dapat nak elak.. redha ajerla. nasib baik suami aku tak marah. sbb aku dah banyak kali ckp ngan dia, kalu aku xcdent mcm ner? so dia ckp nak wat cam ner.. terima ajer la..
ye la kdg2 aku takot. sbb aku bwk kete dia kan. dah byk dia berhabis kat kete tu. dari kete tu iswara smpai dah tak nampak iswaranya.. nampak kete apa ntah..
skrg ni ketenya ada kat bengkel dan keje2 betulkan kete dalam proses. nasib baik aku tak yah kuarkan duit sbb leh claim insurans kete yang langgar aku tu.. alhamdulillah. kejadian ni menjadi pedoman buat aku agar lebih berhati2 bila memandu.

10/6/2010 - sepatutnya tarikh ni aku check in kat PPUM. tapi tak jadi lak. ntah aku pun tak tau apa masalah kat PPUM tu. dah 2 kali dia tunda tarikh check in aku.. pelik lah. PPUM bg tarikh 25/6/10 utk masuk. kalu tarikh ni tak jadi gak aku tak kira. aku nak check in gak. lantak lah apa yang nurse tu nak ckp...

**********************************************************************************

Di kala ini kebosanan melanda diri aku. time rehat yang panjang ni, aku hanya menyepikan diri di opis. layan lagu yang jiwang2... layan FB (kompom), up date balik blog aku ni yang dah bersawang2...
sejuk kat opis ni susah aku nak terjemahkan. rasanya seperti aku berada di negara yang beriklim sejuk... nak tido? rasanya mata aku tak mengantuk pun.. entah lah aku pun tak tahu apa yang aku inginkan sekarang ni... nak kata lapar, aku dah mkn tadi.. Bubur lambuk + sup ayam...
aku wat jelah apa yang ada dlm fikiran aku ni.. layan bosan..