Thursday, March 31, 2011

Futsal... OH... Futsal

hari ni aku ada tranning futsal sbb lawannya hari sabtu ni 2/4/2011. tak sabar rasanya. aku takde pengalaman nak main futsal ni. baru nak cari pengalaman hehhee... harap2 aku pandailah nak sepak bola, tendang ngan tangkap bola...
diorg cakap aku akan jadi keeper nnt. huhuhhuuuu... boleh ker? try je la... kalu tak pandai pun, dengan kawan2 opis jer. tak de la nak malu sangat....
hahhaaa... ada aku kisah...

Tuesday, March 29, 2011

DIA......

walau siapa pun dia.....
Kerna DIA... aku sanggup melakukan apa saja
kerna DIA... aku rela tinggalkan segalanya
kerna DIA... aku belajar pahit manis kehidupan
kerna DIA... aku tidak akan mengalah
kerna DIA... aku bersabar
kerna DIA... aku berdiam
kerna DIA... aku berani melawan

Sesungguhnya DIA telah mengajar aku daripada diam..diam..diam dan akhirnya aku berani melawan. semuanya kerna DIA.
aku pun tak sangka ada kekuatan untuk melawan...
yes... sekarang DIA tidak akan memperkotak katikkan aku. aku akan melawan apa jua daripadanya... sekian lama aku pendamkan, diamkan akhirnya......

' baru DIA tahu AKU siapa '....... ada brani?????

Monday, March 7, 2011

Entry yang terlewat?????

Skrg ni dah masuk bulan Mac, tapi aku baru nak story mory citer tahun baru... apa punya ketinggalan zaman dah.... ahhh lantak la. blog aku. ada aku kisah...
Nak citer azam tahun baru... banyak dalam senarai ada la dekat sepuluh (termasuk azam2 tahun lepas yang tak tertunai) tapi yang iye nya tahun ni punya azam pun mcm tak tertunai jer...
tapi aku nak citer satu jer. aku harap azam aku nak kurangkan berat badan aku sikit utk tahun ni tercapai la... sbnrnya dah tak larat nak bwk badan. hehehhee...
bukannya apa. aku dah kerap rasa pening kepala. rasa nak pitam. aku takut tu tanda2 darah tinggi n sakit jantung. so baik aku cegah sblm ada. ye tak? tapi mcm ner yer. bab2 makan ni aku tak bole nak tolak la. rezeki beb..... jgn ditolak, musuh jgn di cari...
Ya Allah bagi la aku kekuatan melawan nafsu makan ni.....

Apa azam yang lain yer.... mcm biasa la apa yang tertulis dalam diari ku. takkan ku ceritakan kat sini. hehehhee biarlah rahsia.

~~~~mana boleh... dah tulis kat blog ni kena la bg tau....
~~~~ok..ok..ok.... marah pulak,~~~~~~~~

aku nak citer ni... rumah aku dalam pembinaan. insyaAllah dalam bulan 5 ni siap. (kata cina kontraktor la) tapi aku harap sangat rumah tu siap. ye ar dah lama terbengkalai ko... aku dah tak larat nak sewa umah dah. walaupun aku bayar rumah tu nanti lgi mahal drpada aku sewa.. at least puas hati la kan rumah sendiri...
skrg aku menyewa rumah baru. dekat ngan rumah yg aku beli. best la suasana kat sana. kawasan kampung lagi. semuanya melayu. tu yg aku suka tu... tak der bunyi anjing nak menyalak.. bunyi motor, kete.... semuanya memekak kan telinga aku.
ye la.. kita balik umah dr seharian bekerja, badan mesti penat kan? so, kat umah la tempat nak berehat2kan?
ehhhh... tetiba Blur la plak....
ok la.. motifnya yang aku nak bg tau 'AKU TAK SABAR NAK TUNGGU UMAH AKU SIAP'.. hehehe

Thursday, December 16, 2010

apa nak citer ni..............

aku imbas balik la apa yang terjadi kat keluarga aku...

20hb November 2010

Hari ni sekolah mula bercuti. Cuti akhir tahun. masa ni aki kat kpg. lama gak la aku cuti. anak2 aku tinggalkan kat kpg. Biar diorg seronok skit.. kalu tak hidupnya kat taska jela.. sekolah ke, cuti ker... sian lak aku tgk. patutnya cuti2 sekolh boleh ar diowg bangun lmbat ker, bebas nak main2... ini tak, aku g keje diorg pun ikot gak sbb terus nak g hantar ke taska. yang kakaknya bisg.. cuti sekolh pun kena bangun pagi. nak jugak bgn lmbt2. ala sian nyer la... tu la sebab aku anta diorg balk kpg. ermmm smp skrg ni kat kpg lagi. aku siap cakap selagi tak dapat kasut sekolah dari nenek jgn balk umah ibu. heheheee.... teruk tol dapat ibu cam ni.:p..

24hb November 2010

Adik aku (Yan) tipon aku bg tau yg anak sedara aku xdcent (Nurul Amal) keadaannya teruk gak la. konvoi moto berkuasa tinggi yang langgar. pastu diorg leh lari. kurang ajar tul la. aku marah betul dgn org tu.. Yan cakap kaki Amal putus. aku terdiam skjp. "putus ke patah"... aku tanya balk. "putus". betul la apa yang aku dgr. Amal dihantar ke hospital Sabak. tapi mungkin akan dihantar ke sepital klang sebab keadaannya kritikal. pendarahan banyak. aku harap biar la amal selamat. mlm tu aku nagn ema sekeluarga datang ke htar. aku tgk abg kerul ngan ocok Oni dah sampai. tak tau mcm ner keadaan amal. dia ada dlm 'zon kritikal'. tiba2 guard india tu bg tau kami, kalu nak tgk amal tunggu kat depan lif sebab diorg nak bwk amal ke wad ICU. kami pun berkejar2 la ke blkg utk tunggu kat lif. kami nmpk la nurse menolak kali amal. mmg teruk keadaannya. aku dibenarkan untuk naik bersama2 ke wad icu tersebut. tak sanggu nak tgk keadaan amal. bila angha (ibu amal) naik, aku turun ke bawah. menunggu berita selanjutnya. tapi sampai kul 10 mlm tak der apa2 berita keadaan amal. kami tergerak hati nak balik. tapi baru beberapa langkah kami patah balik. rasanya mcm tak sedap hati. kami tunggu la lagi dan akhirnya kami betul2 mengambil keputusan untuk balik. Tetapi abg sedara aku mendapat panggilan telefon yang suruh kami semua naik ke wad icu segera. kami dengan perasaan cemas berkejar ke lif untuk naik ke tkt 5 tetapi ditahan oleh guard yg ada. puas kami kata yg doktor suruh kami semua naik tetapi guard tu tak percaya. akhirnya kami semua dibenarkan naik. elok je kami semua keluar dari lif, nmpk abg angah keluar dari wad icu dan mengatakan yang Amal dah tak der. Amal dah meninggal. sedihnya hati kami. baru 14thn Amal hidup di dunia ni. budaknya pendiam. aku terasa gak la kehilangannya. kami cuba untuk membawa amal keluar mlm tu juga tetapi tak dapat sebab post moterm tak dapat buat. sok nya baru boleh sbb xcdent ni dah jadi kes polis. aku ke Hospital sok nya dlm kul 10. aku turut sama dgn ustazah yang bertugas memandikan arwah amal. keadaan badan amal byk yang calar2 dan lebam2. aku dapat rasakan betapa sakitnya dia masa xcdent tu.
setelah semuanya selesai, jenazah dibawa pulang ke simpang 5. dah ramai yg menunggu. petang tu setelah amik ayah, mak ngan lia yang baru balik dr indon aku terus balik kpg. arwah amal telah selamat dikebumikan. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.....

1hb Disember 2010 (Rabu)

aku memang dah tau yang wak telpong (pakcik faizal) ni sakit. kitorg ada pegi tgk dia masa dia koma kat sepital Temerloh. keadaan dia mmg teruk. aku tak sampai hati nak tgk. mengalir juga air mata perempuan aku melihat keadaannya. walaupun aku bukan la rapat sgt dengan dia tapi kami tetap ada hubungan kekeluargaan. Sepanjang masa sblm dia meninggal aku selalu bersms dgn anak2nya bertanya keadaan wak mcm ner. kata anak2, mcm tu jer la. tak boleh nak wat pape...
Tetapi tarikh 1/12/10 mak mertua aku tipon bg tau yg wak dah meninggal. aku tergaman sekejap. rasanya baru sabtu tadi aku pegi tgk keadaan wak. Tapi nak buat mcm ner kan. Allah lebih sayangkan dia. petang tu jugak kami semua bergerak ke Jengka, Pahang sbb anaknya kata arwah akan dikebumikan malam tu juga. itu pun atas nasihat pihak hospital sbb darah dan air dah terlalu banyak masuk ke badan nya...
Sampai di rumahnya org dah mula ramai. yelah sebab Wak Telpong merupakan ketua blok. malam tu keadaan semuanya masih sugul. yang aku tak boleh nak tahan dengar diorg citer.. rupanya anak nya yang bongsu tak tau pun yang ayahnya meninggal sbb masa tu dia tgh peksa SPM. diorg adik beradik pakat rahsiakan semuanya. aku tak tau lah mcm ner perasaan anaknya bila dia tahu yang ayahnya dah takde. biasanya anak dia akan msj ayah dia bila nak masuk dewan peksa. tapi sebab keadaan ayah dia ni dah tenat kat sepital, so, abangnya la yang berlakon dan balas msj2 tersebut.
pagi esok masing2 berbincang mcm ner nak bg tau kat adik dia yg bongsu tu hal sebenarnya. entah la... aku orang luar. dengar je apa keputusan diorg. semoga semuanya tabah manghadapi dugaan hidup selepas kematian mak dan ayah diorg. hanya doa anak2 soleh yang akan menjamin kebahagiaan kedua2 arwah. amin...

Wednesday, December 15, 2010

HUHUHUHUUUU....

Lama nya tak update blog... sebenarnya malas n tak der mood. banyak story nak dimasukkan dlm blog ni... tapi mood nak berblog tu tak der. nnt la kalu ada kerajinan yang terlampau akan diupdate jugak blog ni....

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KENGKAWAN YANG MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. BALIK KAMPUNG TAK??? MEMANDULAH DENGAN BERHATI2. INGAT2LAH ORANG TERSAYANG.
AKU?, BALIK KAMPUNG LA. TAPI RUMAH MERTUA COZ MAK AKU DAH SAMPAI KAT KPG HALAMANNYA. MANA LAGI KAT PEKAN BARU INDONESIA LA. ANAK DARA AKU PUN G GAK. AGAK LAMA AKU CUTI KALI NI. SAMPAI 5 HARI. BALAS DENDAM KAT KPG. NAK BELAJAR LEBIH BYK LAGI RESEPI MASAKAN DARI MAK MERTUA AKU. KALU KORG NAK TAU MAK MERTUA AKU NI TERROR MASAK TAU. AKU SUKA BAB TU. LEH MAKAN HAHAHAA.... DIA PUN SUKA LAYAN TEKAK ANAK2, MENANTU2 DAN CUCU2 KESAYANGANNYA... (alya, danial, ikhwan dan danish)..
AIK... LARI TAJUK NI.... PAPE LA...
APA2 HAL PUN SELAMAT HARI RAYA YER. INGAT JGN MKN DAGING BYK SGT. 'HIGH KOLESTROL'

Sunday, November 14, 2010

CUTI - CUTI MELAKA.

Tarikh: 14hb November 2010
Tempat: Sekitar Bandar Melaka

Best gak g melaka ni yer. sebenarnya aku anta mak, ayah ngan alya naik kapal. sebab nak balik Indon. lepas diorg masuk jer kawasan kastam tu apa lagi kitowg (aku, abg, danial ngan yan) pun merambu la kat Melaka tu. Kitorg pegi tempat2 bersejarah kat sana. sonok la rasanya. ye la dah lama tak g sana. adalah last masa sekolah dulu. punyalah jalan sakan kami..
tempat pertama yang kami pegi ialah tapak gereja yang telah runtuh yang ada kat atas bukit tu... pastu pegi kota A Famosa pastu mana ye tak ingat la... pakai jalan jer. tau2 kaki tu dah sampai tempat tu...






Ada lagi tempat lain yg kitorg pegi. siap naik Menara Taming Sari lagi. gayat la. tinggi kat atas.




FAMILY DAY PTGS 2010

Tarikh: 13hb November 2010
Tempat: Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam

Family Day...
Seawal pagi aku dah smapai kat Bukit Cerakah tu. semua staff di suruh pakai baju merah. termasuk la aku ank beranak. sampai je terus wat pendafaran. tapi goodies dpt lbt sbb lmbt samp. aku tgk ramai gak yg buat aktiviti kat situ masa hari tu. Keliru gak la. Kebanyakkan yg dtg beraktiviti hari tu memasing pakai baju kaler merah. masa aku dtg tu dah ramai gak la yg aku nmpak pakai kaler merah. sekali rupanya group lain la... group PTGS lum ada yg dtg lagi. adala urusetia 2,3 org. tp yg pelik nya urusetia pun dtg lambat. hahhaaaa....
aku tgk anak2 aku suka. yer la dulu lg aku ajak faizal g, tp dia tak nak bwk. katanya nnt budk2 ni penat jalan kaki. jgn kata budk2, mak budak ni pun penat jalan kaki... Tapi ada bas yg leh bwk.. ok la tu..
Alya n danial masuk semua acara utk budk2.. heheeehehee.. sbnrnya ibu nya yg paksa. Collect hadiah bebanyak. Bukannya apa nak bg diorg rasa keseronokan nya. adalah yg menang. ada gak yg kalah. huhuhuuuuu... tapi yg best nya danial tak puas hati sebab hadiah alya lg byk dr dia.
kira nya Family day kali ni best ar.... w/pun mula nya agak lewat, bekpes nya pun lewat. dok kat situ smpai sakit2 kaki aku..
adalah 2,3 gambar yg aku ambil...


Masa Pendaftaran





Sunday, November 7, 2010

TRIP MBJ KE KELANTAN

Yaaaa... Hoooooo..... Syooook nyer.

24hb Okt. 2010 (Ahad)
Permohonan MBJ PTGS untuk melawat SUK KELANTAN telah diluluskan oleh Dato' PWN Selangor. Berita yang memang dinantikan2 oleh kami semua. Pagi tu kami semua berkumpul di hadapan SUK untuk memulakan perjalanan. Bas Persiaran tiba. dengan rasa happy nya kami semua menaiki bas. Harap2 perjalanan berjalan lancar tanpa ada kejadian yang tidak diigini. Amin.
Perjalanan berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kemalangan yang kami saksikan. terdapat sebuah bas yang menjunam masuk ke dalam gaung. ada lagi beberapa penumpang yang masih terdapat di situ menunggu bantuan tiba.
Alhamdulliah kami selamat tiba..


Malamnye... ada kelas sekejap sebelum kami berjalan2 ke Wakaf Che Yeh. Kiranya kalu kat Shah Alam ni mcm Uptown la. best gak ke sana. mcm2 barang ada jual. harga pun leh tahan gak la. aku pun tak lepaskan peluang yang ada untuk menyoping...




Huhuhuhuu... sedihnya gambar aku tak banyak....

25hb Okt.2010 (Isnin)

Lawatan bermula.
Tempat pertama yang kami lawat ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan (JUPEM). Kami mendapat layanan yang baik. sessi pengenalan berjalan baik. kami diperkenalkan dengan cara2 kerja Jupem. yang best kami di jamu dgn Nasi Dagang. sedap giler. rasa nak tambah lagi tapi malu lak. hihihihiiii...







Sessi pagi berakhir. kami tidak melepaskan peluang yang ada. Waalaupun waktu singkat tapi kami tetap juga pergi untuk bershopping lagi. tempat tujuan kami adalah ke Bazar Siti Khadijah. Boleh la barang2 yang ada kat situ. aku beli keropok ikan untuk kawan2 opis, keropok kiriman cik hanim dan lepas tu aku memuaskan diri aku dengan mencari barang2 aku lak... punyalah penat berjalan tak der apa pun yang aku beli. cuma kerongsang berbentuk daun. tapi yg bestnya harga nya. sbb kat shah alam aku tgk brooch mcm tu dah RM25 tapi aku beli ngan harga RM8 sepasang. best kan..
tepat jam 12.30 t/hari kami berkumpul semula menunggu bas utk pulang ke Hotel. Makan2dan solat seblm sessi petang bermula....




2.30 petang.
berkumpul di lobby hotel untuk ke destinasi seterusnya. SUK Kelantan.
Dengan bangganya aku dah sampai ke Kompleks Darul Naim. tempat Tuan Guru Nik Aziz. tapi sayangnya aku tak jumpa pun. kalu la aku ada rezeki berjumpa dgn beliau aku akan bergambar dan akan fremkan gambar tersebut. huhuhuhuuu....
di SUK Kelantan kami diberi penerangan tentang pergerakkan MBJ dan Program 5S. Seronok aku tgk 5S yang telah dibuat oleh diorg. utk pengetahuan korg, PTG Kelantan adalah pejabat pertama yang telah mendapat Sijil 5S pada 3 thn yang lepas. best kan. tapi PTGS baru nak bermula. itu pun blom nmpak lagi apa yg nak di ubah. kami di bawa melihat pejabat terbaik yang mengamalkan 5S. rasa mcm tenang je masuk opis diowng ni.. nak wat keje pun mcm best jer. korg tgk lah gmbr2 yg ada..





Ada lagi....





Malamnya aku tak larat nak kemana2. diowg ada gak yang jalan2. tapi aku nak tido. esok nak balik dah. tapi sebelum tu nak singgah kat Pengkalan Kubor. nak shopping lagi... gud nite...

26hb Okt. 2010 (Selasa)
selepas bersarapan kami terus menuju ke Pengakalan Kubor. sbb pegi pagi2 kan tak byk lagi kedai yang bukak. aku pun tak tau nak beli apa. cuma aku belikan tshirt utk semua anak2 buah aku jer.. tambah tolak byk gak la aku habis... hehehhehe...
smp selangor, dok kat opis diam2... duit dah tak der...
Alhamdulillah dalam kul 10.00 malam kami selamat tiba semula ke shah alam...

Monday, September 27, 2010

Yang hidup pasti kembali..

Salam,

Sememangnya lumrah kehidupan manusia ni akan mati satu hari nanti. itu lah yang terjadi dalam keluarga aku. pada hari Raya ke-4 (13 sept 2010 isnin) kakak sedara aku (along) telah pergi meninggalkan kami semua. sebelum raya lagi arwah telah dimasukkan ke HTAR. Keadaannya separuh koma. pagi2 isnin tu dlm kul 2pagi, ayah call aku. dia suh aku ke HTAR cepat. keadaan along dah bertambah teruk. doc ada call abg lan (abg sedara yg jaga along) tapi tak dapat. so, doc tipon ayah aku kat kpg. lepas dapat panggilan dr ayah, aku ngan faizal bergegas ke hospital tapi dlm perjalanan ayah tipon balik dan bg tau yang along dah tak der. aku terus ke sepital utk menguruskan apa2 yang patut. aku membantu ustazah yang bertugas utk memandikan jenazah dan mengkapankan. lepas tu tunggu van jenazah dari kpg. aku terus balik dgn van jenazah dan faizal ke tempat keje dahulu. secara kebetulan arwah meninggal masa hari raya. so, saudara mara masih lagi ramai berada di kpg. ramai yang datang menziarah. aku berada di kpg sampai lah mlm kenduri tahlil utk arwah. semoga arwah along ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin.

17hb September 2010 Jumaat.
aku pergi beraya ke rumah pakcik aku di Triang 3 Pahang. rumah abang ayah aku. tu jer adik beradik ayah aku yang tinggal slps kedua2 kakak ayah aku meninggal dunia. pakcik aku ni sbnrnya seorg yang pendiam. dia jenis yang tak byk ckp. jadi kalu kitowg datg umah dia, tak heran la dia ada ke tak der ker, sama jer. dia sibuk pegi menyawit. keluar pagi mlm baru balik. kitowg dah bias dah. tapi hari tu dia lain skit. dia leh sembang2 ngan faizal, ngan adik ipar aku. ngan ayah aku. dia siap ckp ngan ayah bwk balik motor yang ada kat umah dia tu. katanya lepas ni dah tak der sapa nak guna. ayah aku pun iye kan jer. yang aku tak leh lupa pakcik aku ni suka sgt ngan danial. dia asyk tanya pasal danial jer.. semalam jer kitowg kat situ, sok nya kami balik ke Selangor. aku bekerja mcm biasa untuk minggu tu. tapi 25hb Sept 2010, petang sabtu, adik aku msj kat aku. bg tau pakcik aku tgh nazak kat sepital Temerloh. aku terkejut sekejap. rasanya baru jumpa sabtu yg lepas. lepas maghrib aku dapat panggilan yang menyedihkan. pakcik aku telah kembali ke rahmatullah. kitorg bersiap2 untuk ke pahang. tgh malam baru kitowg gerak so smp la kat triang subuh nya tu. aku tgk org dah ramai. dari dimandikan, dikapankan sampaila disembahyangkan dan dikebumikan ramai yang datang menziarah. tapi yang pelik nya kat sana, org pompuan tidak dibenarkan ke kubur. hanya org lelaki sahaja. aku rasa tak puas hati tak dapat ikut ke kubur kerana bagi aku itu adalah penghormatan yang terakhir untuk arwah. tapi aku diamkan aje. maybe itu dah menjadi kebiasaan org kat situ.
petg tu aku duduk bersembang2 dgn anak arwah. Fiza (adik sedara aku).... katanya 2 mlm yang sudah ayah nya berperangai pelik. pukul 2 pagi arwah buka tingkap dan pintu. katanya ada org bagi salam dan panggil arwah. fiza ni terkejut kerana dia tak dgr apa2 pun sedgkan biliknya berada di depan tapi bilik arwah berada di belakg. fiza tersedar bila terdengar org buka tutup tingkap. bila dia bangun, dia tgk ayahnya tgh duduk kat sofa dgn pintu dan tingkap yang terbuka. fiza tu nak tutup pintu tapi arwah tak bagi. kata arwah nnt 'org tu' nak datang lagi. fiza ni dah naik takut, dia tutup jer pintu ngan tingkap. dia papah ayah dia ke bilik. dia tak sangka lak org yang ayahnya maksudkan tu adalah Malaikat Maut yang datg untuk menjemput ayahnya. nasib baik lah anak2 pakcik aku ni semua dah beso2.
tapi aku sedih tgk ayah aku. hanya tinggal dia je lgi. adik beradik2nya semua dah tak der. aku harap biarlah umo ayah aku panjang...

kejadian tu betul2 buat aku terasa yang kehidupan ni tak lama. aku tak tau mcm mana keadaan aku nnt bila dah smp masanya. biarla aku nnt perginya dlm keadaan tenang.
semoga kedua2 arwah mendapat tempat diSisinya... Amin...

Monday, September 20, 2010

SELAMAT HARI RAYA..

selamat hari raya kepada semua yang mengikuti blog aku ni.
raya ni aku rasa agak best gak la sbb aku beraya kat kpg aku w/pun tanpa suami tercinta. lagipun tahun semua adik beradik mak aku berkumpul kat umah aku sbb atuk ngan nenek aku ada kat umah aku. mak aku yg jaga da.....
sehari nak raya meriah gak la umah aku sbb acara masak memasak ni. kami masak rendang ayam, rendang daging, nasi impit kuah sate minang n lemang. kuih muih yang lain mcm kuih redan, kuih siput, keropok mace, bahulu dan kek marble yang sememangnya dari air tangan aku. aku buat 2 lg kek tu. raya pertama dah habis. tahu knp? sbb sedapla hahhahaa..
adalah gambar2 best yg sempat aku bluetooth dari nset adik aku. byk lagi gambar lain.



Wednesday, September 1, 2010

hati ku berbunga2...

hari ni puasa yang ke-23.
TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG UNTUK BERHARI RAYA....
banyaknya makanan yang aku nak makan. hahhaa

Sunday, August 29, 2010

Puasa dan Shopping

hari ni merupakan hari Ke-20 berpuasa. Tak lama lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. aku rasa meriah raya setiap tahun. Tapi bagi aku macam biasa jer. persiapan ala kadar. cukup dengan baju sepasang saja. anak aku pun aku ajar mcm tu.
cuma aku nak menyatakan bahawa tahun ni Raya di sambut pada tengah bulan dan pada tengah tahun. Rata2 org akan berbelanja pada akhir bulan sebelumnya. tapi pada hari rayanya pula duit dah makin berkurang. kerana apa???? kerana bonus xder. yelah sapa nak bagi bonus tegh2 tahun kan? duit gaji dah habis wat bersoping baju raya anak beranak. beli baju yang canggih manggih. yang bayk lip lap... rege lak leh tahan. tak nak mengalah.. tu blom lagi bab kuih muih. macam2 jenis kuih yang ada. pelbagai bentuk dan warna. cantik2 lak tu tapi rasanyer...???? ermmm sendiri tahu la kan. ada yang sedap, ada yang kureng.... nak wat sendiri.. tak ramai yang tahu zaman sekarg ni. yang diorg tahu wat kuih tunjuk jer. aku pun sama hahahaha!!!!!!....(jgn dok kata org hahahhahaaa)
Tahun aku aku beraya sendiri dgn anak jer sbb suami aku keje da... dia hantar aku ngan anak2 kat kpg pastu pagi raya terus g keje. sedih aku. tapi 2 hari jer aku kat kpg pastu suami aku amik la aku balik. raya kat umah sendiri lak. tak sabar nak balik rayerrrrr.......
Balik kpg..ooooo balik kampung ooo balik kpg.. hati girang...
(semoga perjalanan aku selamat) amin...

Sunday, August 22, 2010

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan ke-13...
belum lagi terlewat aku nak ucapkan " selamat menyambut Bulan Ramadhan"
moga bulan Ramadhan kali ni akan membawa keberkatan yang lebih lagi dlm kehidupan kita. bulan yang byk Allah beri pahala. tinggal diri sendiri bersiap sedia untuk menghadapinya dan mencari pahala itu....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 16, 2010

kesedihan di bulan Ramadhan...

Entah kenapa hatiku diburu perasaan bersalah yang amat sangat.
Aku adalah aku. aku cuba jadi yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang. tapi kalu ada jua salah yang aku lakukan... sesungguhnya aku ni masih lagi ada kekurangan. memang tiada manusia yang sempurna. bukan niat aku nak mengajar yang tak baik. tapi entah lah...... aku tak tahu kenapa jadi mcm ni. kenapa aku merahsiakan darinya.... kesudahannya aku juga yang sengsara. aku juga yang kena balik. aku tak tahu la aku ni sempurna di matanya atau tidak? tapi aku dah cuba yang terbaik untuk dia. cuma aku ada rasa terkilan, dia tak nampak segala pengorbanan aku selama ni. sebab kesalahan aku yang buat dia sakit hati. tak per la. aku mengalah. buat lah apa yang dia rasa terbaik. aku takkan bersuara apa2 lagi. biarlah aku berdiam diri daripada terus menerus melakukan kesalahan walau pun tanpa disengajakan....